Selasa, 23 Jun 2009

HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA (2008/2009)

Dewan Bahasa dan Pustaka dengan ini mengumumkan suatu pengiktirafan dwitahunan yang diberikan ke atas karya sastera Melayu pelbagai genre yang memperlihatkan mutu penciptaan yang tinggi. Pengiktirafan ini dikenali sebagai Hadiah Sastera Perdana Malaysia. Antara matlamat hadiah ini adalah untuk menggalakkan penciptaan dan penerbitan karya sastera bermutu yang ditulis dalam bahasa Melayu, dan mengiktiraf karya yang telah mencapai tahap mutu yang membanggakan.

Penilaian akan dibuat terhadap karya yang diterbitkan dalam tahun 2008 dan 2009, berdasarkan kategori berikut:

KATEGORI A
(BUKU DEWASA) KATEGORI B
(KARYA ECERAN) KATEGORI C
(BUKU REMAJA/
KANAK-KANAK)
Karya perseorangan yang diterbitkan dalam bentuk buku pada tahun penilaian bagi genre:

• Novel
• Cerpen
• Puisi
• Drama Pentas
• Esei dan Kritikan Sastera
• Kajian Sastera
• Biografi/Autobiografi Karya perseorangan yang disiarkan dalam surat khabar, majalah, jurnal atau buku (antologi) pada tahun penilaian bagi genre:

• Cerpen
• Puisi
• Drama Pentas
• Esei/Kritikan/Kajian Sastera
Karya perseorangan yang diterbitkan dalam bentuk buku pada tahun penilaian bagi genre:

• Novel
• Cerpen
• Puisi
• Drama Pentas

____________________________HADIAH__________________________

• Kategori A RM10,000.00 x 7 hadiah (satu hadiah bagi setiap genre)
• Kategori B RM1,000.00 x 10 hadiah (genre cerpen)
RM1,000.00 x 10 hadiah (genre puisi)
RM1,000.00 x 10 hadiah (genre esei/kritikan/kajian sastera)
RM1,000.00 x 3 hadiah (genre drama pentas)
• Kategori C RM5,000.00 x 8 hadiah (satu hadiah bagi setiap genre)

SYARAT DAN PERATURAN

1. Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia.
2. Karya hendaklah diterbitkan atau disiarkan pertama kali dalam tahun penilaian (2008 – 2009), sama ada dalam bentuk buku atau eceran.
3. Bagi genre drama pentas Kategori B, karya hendaklah disiarkan atau dipentaskan pertama kali dalam tahun penilaian. Penilaian akan dibuat berdasarkan skrip asal berserta gambar atau bahan promosi pementasan (poster, brosur atau buku cenderamata) sebagai bukti pementasan.
4. Bagi Kategori C, karya sastera remaja ialah karya sastera untuk bacaan remaja dalam lingkungan umur 13-18 tahun, manakala karya sastera kanak-kanak ialah karya sastera untuk bacaan kanak-kanak dalam lingkungan umur 9-12 tahun.
5. Bagi karya berbentuk buku dalam Kategori A dan C hendaklah mempunyai nombor rujukan ISBN atau KDN.
6. Setiap judul karya, sama ada buku atau eceran, hendaklah dihantar dalam empat naskhah karya asli atau salinan fotokopi yang jelas dan dijilid kemas.
7. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan karya semasa penghantaran. Bukti penghantaran tidak boleh dijadikan bukti penerimaan penyertaan.
8. Semua penyertaan hendaklah dialamatkan kepada:

URUS SETIA HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2008/2009,
BAHAGIAN PENGEMBANGAN SASTERA,
JABATAN SASTERA, TINGKAT 22, MENARA DBP,
JALAN DEWAN BAHASA,
50460 KUALA LUMPUR.
TARIKH TUTUP: 31 Mac 2010

** Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Puan Nazmah Ani/Puan Malissa Ab Malik
No. Telefon: 03-21481470/21481240
E-mel : nazmah@dbp.gov.my / malissa@dbp.gov.my

Tiada ulasan:

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA